Ciri keselamatan biometrik pada telefon pintar sudah tersedia untuk memastikan ia tidak mudah diakses serta melindungi data dengan pengesahan yang perlu dibuat berkaitan transaksi dan seumpamanya. Dalam pada itu, perkara sebaliknya pula berlaku pada wanita ini di mana ciri tersebut telah disalah gunakan sehingga menanggung kerugian sebanyak RM100,824.

Baru-baru ini, terdapat laporan mengenai seorang lelaki di China yang telah dijatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun setengah selepas didakwa mencuri wang daripada bekas kekasihnya dengan memintas ciri keselamatan biometrik pada telefon pintar mangsa.

Suspek berjaya memintas dengan menggunakan cap jari dan membuka kelopak bekas kekasihnya sewaktu mangsa sedang tidur pada ketika itu. Lelaki berusia 28 tahun ini hanya dikenali sebagai Huang melakukan jenayah ini pada Disember 2020 yang lalu. Suspek pergi ke apartmen wanita kerana didapati tidak sihat pada saat itu.

Mangsa kemudian telah tertidur selepas memakan ubatan yang disediakan oleh suspek. Semasa mangsa sedang tidur, suspek telah menggunakan jarinya untuk membuka telefonnya kemudian mengangkat kelopak matanya untuk melepasi pula pemeriksaan pengecaman muka pada aplikasi Alipay.

Huang selepas itu telah mengubah kata laluannya dan memindahkan sejumlah besar wang daripada akaun simpanan dan perkhidmatan kredit mangsa ke akaunnya sendiri untuk membayar tunggakan hutangnya. Bagaimanapun, polis telah berjaya memberkas suspek di bandar lain pada tahun ini.

Suspek dijatuhi hukuman penjara selama tiga setengah tahun dan denda sebanyak $3,135 (~RM13,170). Sementara itu, jurucakap Alipay memberitahu bahawa banyak syarat yang perlu dipenuhi sebelum membuat pemindahan keluar wang daripada akaun.

Dalam masa yang sama, jurucakap itu juga menambah bahawa syarikat akan menawarkan pampasan kepada mangsa oleh kerana kes kecurian yang rare dan pengguna juga boleh mengaktifkan beberapa lapisan kunci tambahan untuk meningkatkan keselamatan. Kes ini dikira sangat unik dan perlu diberi perhatian oleh pihak pembangun untuk menyelesaikannya.

Anda juga diingatkan untuk membuang sejumlah aplikasi mengandungi virus yang boleh membuat langganan bulanan premium pada aplikasi lain tanpa diketahui.

8 Aplikasi Mengandungi Virus Merbahaya Pengguna Android Perlu Buang

DragonForce Kongsi Lima Cara Elak Daripada Menjadi Mangsa Hacker Dan Scammer

Sumber